Wednesday, October 3, 2012

Tuesday, October 2, 2012

15 AKTIVITI RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI



1. Mengemas rumah
 Pada hujung minggu, anda ajak pasangan anda untuk mengemas rumah bersama – sama. Lakukannya secara bekerjasama dengan pasangan anda. Anda berdua akan lebih rapat kerana anda berdua meluangkan masa bersama  – sama ketika mengemas rumah. Ketika inilah anda boleh bekerjasama dengan dia.
2. Merancang masa depan bersama – sama
Anda duduk bersama – sama dengan pasangan anda dan rancang masa depan untuk anda berdua. Tanya impian pasangan anda dan jadikan impian dia sebagai impian anda juga. Anda akan jadi lebih rapat kerana anda berdua mempunyai matlamat yang sama.
3. Mandi bersama – sama
 Jika ada masa, anda boleh mandi bersama – sama dengan pasangan anda. Ketika mandi, anda bersihkan badan pasangan anda dan dia membersihkan badan anda. Lakukannya dengan romantik dan seronok.
 4. Berjalan berpegangan tangan
Ketika di tempat umum, anda berdua jalan berpegangan tangan. Jangan lepaskan tangan walaupun sekejap.
 5. Dating sex
Tentukan hari – hari tertentu untuk melakukan hubungan seks. Dengan ini, anda berdua akan lebih bersedia. Jika anda atau pasangan anda mahukan seks pada masa yang lain, teruskan sahaja. Cuma jadual ini perlu ada supaya anda berdua kerap melakukan hubungan seks. Seks boleh merapatkan hubungan suami isteri.
 6. Bercuti bersama – sama
Ada peluang sahaja, anda berdua pergi bercuti. Jika ada anak, bawalah sekali tetapi anda tetap fokus pada pasangan anda.
 7. Mengorat sesama sendiri
Walaupun sudah berkahwin, jangan berhenti menggatal antara satu sama lain. Ada peluang, anda mengorat pasangan anda seperti biasa.
 8. Masak bersama – sama
Masak bersama – sama dan ketika makan, anda suap pasangan anda. Ia sungguh romantic dan akan merapatkan hubungan antara anda berdua.
9. Explore perkara baru bersama – sama
Anda ajak pasangan anda untuk mencuba sesuatu yang belum pernah anda cuba seperti memanjat gunung, belajar menari dan sebagainya. Anda berdua pasti akan lebih rapat.
10. Berdua – duaan pada setiap hari
Sebelum tidur misalnya, anda luahkan segalanya pada pasangan anda. Anda juga dengar apa yang pasangan anda cakapkan. Jangan simpan rahsia. Sambil berpelukan anda berdua luahkan perasaan masing – masing.
11. Menonton wayang atau movie di rumah
Rehatkan minda anda dengan menonton movie sama ada di rumah atau di wayang. Berehat  bersama  dengan pasangan anda. Jika di rumah, anda boleh menonton movie sambil berpelukan.
12. Ciuman sayang
Ada sahaja masa terluang, anda boleh mencium sayang pasangan anda. Cabar dia untuk mencium anda juga.
13. Berkebun bersama – sama
Di waktu petang,  anda boleh berkebun dengan pasangan anda. Aktiviti ini akan mengajar anda berdua erti kesabaran. Ini kerana, bukan senang hendak membebarkan sesuatu pokok.
14. Bersembahyang bersama – sama
Setiap kali masuk waktu, sembahyang bersama – sama. Kemudian,  saling bersalaman dan bermaafan – maafan.
15. Menjadi sukarelawan bersama – sama
Ada masa  anda boleh menjadi sukarelawan bersama – sama. Misalnya melakukan kerja kebajikan di rumah anak yatim dan sebagainya.

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA



PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.


3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai).

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul �berkualiti� sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami � rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya.

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai � sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung ).

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian ).

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh ).

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

CERMIN DIRI

Tuhan anggun kan lah aku dalam setiap ucapkan ku,
luruskan sifat ku dari sifat kemunafikan dan jauhkan hatiku dari hasutan iblis agar ia tidak bertahta di dalamnya..

Tuntun tangis ku kedalam sebuah ke iklasan,tuntun tawa ku agar dapat menghapus penat dalam hati yang bimbang..
Tuhanku yang maha sempurna di hati yang sekecil ini begitu banyak menampung beban masalah di dalamnya terkadang ketika tak ada ruang lagi untuk menampungnya maka dada ini terasa sesak,ingin sekali rasanya membiarkannya terlepas bersama udara yang ku hembuskan..
Tuntun hatiku ini agar dapat selalu tersenyum melalui nya dan ikhlaskan aku menikmatinya kerana aku tahu yang engkau berikan adalah bahagian dari nikmat meskipun terdapat perih didalamnya..:)

MCKIN Pinky World of Happiness...

MCKIN Pinky World of Happiness...

















On My Engagement Day


With My Lovely & Sweet Sis & Sis to be...

Friday, April 20, 2012

:)



With All My Heart

I want my eyes to be your eyes so you could see how wonderful you are.
I want my heart to be your heart so you could feel how much you mean to me
I want my ear to be your ear so you could hear me whisper "I Love You."
Forever

AmiR..

En.Hubby

SweeT Sgt..i like this moment..

Ya Allah..
Kirimkan dia dapat membawa Kebaikan
Baik Bagi Duniaku, Akhiratku, & Agamaku
Agar Kami Sama-sama Berjemaah untuk tetap MenujuMu
Bimbinglah Hati Kami
Kuatkan Lah Hati Kami
Penuhilah Dengan Rahmat & Kasih SayangMu...

FamiLy Mean Nobody Left BehinD..

Little Bro..

SmiLeY..

SomeOne...

My Beloved..

Tutti Fruitti Time....